<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Sunday, January 15, 2012

MUSIM 6 RAJA LAWAK AKAN BERMULA


Raja Lawak 6

Rancangan pencarian bakat komedi tanah air, Raja Lawak memasuki musim yang ke-6 dan bakal bersiaran mulai 11 Januari 2012. Segalanya bermula dengan Al Kisah Raja Lawak pada 11 dan 12 Januari 2012 seterusnya membuka Gelanggang Raja Lawak pada 13 Januari 2012 jam 10 malam di Astro Warna (132).
Al Kisah Raja Lawak akan memaparkan sesi ujibakat yang telah dilakukan di lokasi-lokasi terpilih seperti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pelbagai gelagat peserta yang ingin mencuba nasib mereka dalam musim terkini Raja Lawak dapat disaksikan dalam rancangan ini. Al Kisah Raja Lawak bersiaran pada jam 9 malam.
Seperti musim-musim yang lepas, peserta Raja Lawak akan membuat persembahan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta dikehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang ditetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap.
Di dalam program ini juga dipaparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberikan. Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka.
Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.
Setiap minggu pada hari Isnin hingga Khamis akan ditayangkan Kapsul Raja Lawak yang akan menyiarkan perkembangan setiap peserta berusaha melaksanakan tugasan yang perlu mereka sampaikan dalam Gelanggang Raja Lawak nanti. Kapsul Raja Lawak akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jan 9.55 malam di Astro Warna (132).
Jangan lupa saksikan Al Kisah Raja Lawak Musim ke-6 pada 11 dan 12 Januari, jam 9 malam dan Gelanggang Raja Lawak secara langsung, setiap Jumaat mulai 13 Januari 2012, jam 10 malam eksklusif di Astro Warna (132). Untuk melanggan Pekej Mustika, sila ke Saluran 130.

0 comments:

Post a Comment