<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip Artis. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Wan Shades Nak Saman Blog Sebar Fitnah Kes Rogol


Peristiwa kes rogol anak yang melibatkan seorang penyanyi hip hop telah menjejaskan reputasi baik Wan Shades ekoran tersebarnya spekulasi buruk di sebuah laman blog yang mengaitkan namanya, baru-baru ini. Laman blog itu menyebut bahawa Wan Shade antara individu yang dikaitkan dengan kes rogol berkenaan walaupun tiada bukti kukuh yang menguatkan dakwaan sedemikian.
Dakwaan berbentuk fitnah itu turut dianggap sebagai salah satu bentuk serangan peribadi kerana ia turut menjejaskan kepercayaan peminat terhadap Wan Shades. Berita sensasi itu bagaimanapun telah dinafikan Wan Shades .
“Saya ingin menuntut blog berkenaan supaya tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf. Kalau mereka enggan berbuat demikian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman. Dakwaan sebegitu bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah keluarga saya turut terkena tempiasnya,” ujarnya.
Wan turut mengakui bahawa dakwaan itu memang mengejutkan pada mulanya.
“Macam manusia biasa, memang terkejut. Saya terkejut kerana ia melibatkan maruah saya kerana perkara rogol ini bukannya main-main. Senang cakap, bukan boleh bawa bergurau. Pada masa yang sama, saya mempunyai tanggungjawab sosial iaitu mengajar anak muda bersilat serta membuat pelbagai program untuk mereka. Jadi, perkara sebegini sudah tentu mengusarkan ramai pihak.”
Wan menambah lagi, “Alhamdullilah, ramai pihak yang menyokong saya kerana mereka tahu dakwaan itu tidak benar. Malah, ramai pelajar saya yang mengecam dakwaan berbentuk fitnah seperti yang disebarkan oleh blog berkenaan.”
Update berkaitan kes rogol, pihak polis masih belum mendedahkan identiti individu berkenaan kerana ia masih berada dalam siasatan. Blog berkenaan juga telah membuang arkitel fitnah daripada arkib mereka.

Junaidi Fezrul Pelakon Sumpahan Kum Kum Dengan Tunang Bercuti Di Rome


Mungkin ramai yang tidak berapa kenal dengan pelakon bernama Junaidi Fezrul. Tapi Kak Nam rasa bila semua lihat muka dia mungkin kenal kot. Ala..pelakon yang dalam daram Sumpahan kum kum. Ni Kak Nam nak citer ckit . Kak Nam bukalah facebook dia..baru Kak Nam dapat tahu yang dia dah bertunang. Nama tunang dia Fy Zulkifli. Cantik juga orangnya… Kira oklah dah bertunang,tapi yang tak sedapnya Kak Nam lihat baru tunang dah pergi honeymoon…..
Kalau pergi ramai-ramai tak apa..Kak Nam tak heboh sampai macam ni tapi berdua tu. Semua gambar yang Kak Nam lihat berdua je tak ada plak orang lain. Apa-apa pun Kak Nam nak mintak maaflah pada pelakon ni sebab buat gosip pasal dia.

CREDIT TO : MEDIAMALAYA

Tuesday, February 21, 2012

ZIANA ZAIN BELOM BERSEDIA BERTUDUNG



DI USIA 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis.
Kata pelantun Madah Berhelah yang dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zain itu, hendak ke kedai pun perlu bersiap rapi untuk menjaga mata peminat serta masyarakat yang sentiasa ingin melihat golongan artis kelihatan sempurna.



“Kalau ikutkan seksa sebenarnya hendak kena jaga makan dan keluar rumah terpaksa bersolek, tetapi artis memang perlu menjaga penampilan serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Tahun ini saya sudah 44 tahun, kalau tidak menjaga susahlah. Bukan saja untuk kelihatan menarik di hadapan peminat, jaga pemakanan amat baik untuk kesihatan. Cuma, perlu disiplin yang tinggi,” katanya.



Menawan dengan gaun paras lutut rekaan Rizman Ruzaini, penyanyi yang juga pelakon kelahiran Merlimau, Melaka, itu turut diajak berbual mengenai penghijrahan diri.


Tambahan pula, tatkala ini ramai artis muda yang mula berhijab (bertudung), justeru apakah Ziana tidak terpanggil melakukan hal yang sama?

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba.

“Saya pasti suatu hari saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari saya ingin menunaikan fardu haji.

“Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat, jadi kita perlu pegang pada janji.

“Apapun, saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus kekal begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukanya tudung.

“Tidak manislah begitu seolah persendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desakan mana-mana pihak, insya-Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

Beralih topik perbualan, meskipun jarang membuat kemunculan di TV dan majalah, kerjaya nyanyiannya masih berjalan seperti biasa dan pada 25 Februari ini, akan berangkat ke Sarawak untuk menjayakan sebuah program amal yang turut dijayakan Awie dan Dayang Nurfaizah.

Single terbaru Ziana, Misteri Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan Sohaimi Mior Hassan juga mula diputarkan di radio. Jika tiada aral, bertitik tolak daripada single berkenaan, satu demi satu single baru akan diperkenalkan Ziana sehingga kuantitinya cukup untuk dimuatkan dalam satu album.

“Ibarat orang mengantuk disorong bantal, begitulah saya saat menerima pelawaan abang Sohaimi. Dari dulu saya memang meminati vokalnya yang maskulin termasuk lagu-lagu beliau terutama Khaty.

“Kemudian kali pertama mendengar lagu Misteri Cinta, sekejap saja saya sudah suka. Semua perkara jadi mudah, saya suka lagu yang diberikan, suka vokal beliau dan bekerjasama dengannya juga senang.

“Orang lama, disiplin bagus dan tidak banyak kerenah kerana mereka faham dan ikhlas dengan kerja mereka selain menghormati pihak lain yang bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Dihujani pelbagai undangan nyanyian, isteri kepada Ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin, itu turut dihujani pelbagai tawaran lakonan. Antara produksi yang tidak pernah jemu melamar Ziana adalah Suhan Movies, milik pelakon dan produser terkenal, Rosyam Nor.

“Selalu mereka memujuk saya berlakon. Bukannya tidak mahu atau tak rindu cuma masa tidak bersesuaian kerana ada anak kecil. Si kembar baru dua tahun, kalau mereka sudah besar sikit barulah saya berani tinggal.

“Tambahan pula, berlakon menuntut masa yang panjang untuk berada di set penggambaran. Tidak seperti menyanyi, satu dua jam sudah boleh balik. Kalau ada undangan persembahan luar Kuala Lumpur tiada masalah untuk bawa anak-anak,” katanya.

Ziana pernah membintangi filem ‘pecah panggung’ antaranya Sembilu, Maria Mariana dan Merah mendirikan rumah tangga dengan Armin pada 2 Mei 1998.

Hasil perkongsian hidup hampir 14 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata - Muhammad Aiman, 12, Muhammad Ammar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 2.

Merancang kejutan buat peminat tahun ini, namun Ziana belum bersedia untuk berkongsi sama ada acara bakal dijayakan itu sebuah showcase, konsert, filem mahupun terbabit dalam program realiti. Ini kerana Ziana bimbang jika ia tidak berlaku seperti diharapkan, pastinya mengecewakan semua pihak.

Menjawab satu soalan apakah dia tidak berminat untuk mempunyai jenama sendiri atau menjalinkan kolaborasi dengan adiknya, Anuar Zain untuk membuka jenama mereka memandangkan kedua-duanya diberi jolokan ‘trendsetter’, Ziana berkata, minat itu ada, tetapi harus ada perancangan teliti.

“Sekarang ini bisnes online ada macam-macam fesyen yang mereka tawarkan dengan harga menarik. Boleh kalau mahu usahakan perniagaan ini tetapi kami perlukan pasukan pereka yang kreatif dan pemasaran yang bagus.

“Yang menjadi keutamaan saya adalah pemilihan material yang bagus, rekaan eksklusif supaya jenama kita berbeza dengan orang lain namun pada masa sama dijual dengan harga berpatutan.

“Memanglah boleh letak harga mahal apabila artis menggunakan nama mereka sebagai jenama tetapi saya lebih suka jenama itu boleh digayakan sesiapa saja. Kerana akan beli pakaian kita ini adalah peminat dan tidak semua peminat berpendapatan besar,” katanya.



15 PENYAYI SEDIA DIGELAR YANG TERBAIK DI PENTAS MANIA


12 orang penyanyi yang di’pilih khas & 3 orang penyanyi pilihan peminat akan bertarung di’atas pentas MANIA untuk merebut gelaran yang terbaik serta wang tunai RM500,000. Fuuuu!
Dua belas orang peserta yang sudah pun tersenarai adalah Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9,Atilia, Akim AF7, Alyah, Adira AF8, Estranged, Kristal dan juga Awi Rafael.
Tiga lagi peserta yang akan jadi peserta menduduki Hot Seats akan di’tentukan melalui undian dari peminat di laman web rasmi MANIA.
15 orang peserta professional ini akan di’bahagi kepada 3 kumpulan di’bawah tanggungjawab & amanah tiga orang ikon yang terpilih khas untuk memberi bimbingan & perhatian — Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani & Aubrey Suwito.
Pemenang tempat pertama untuk MANIA ini akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga akan meraih RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

Thursday, February 9, 2012

DANG SURIA BIADAP, TIDAK LAYAK JADI JURI


Dang Suria yang kini muncul dengan wajah baru ala Angelina Jolie telah dikritik hebat oleh penonton program On Air gara-gara keceluparannya mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut. On Air merupakan sebuah rancangan kendalian Aznil Nawawi dimana ia menfokuskan pencarian penganti dalam bidang pengacaraan.
Kata-kata peribadi Dang Suria terhadap peserta tersebut telah dianggap biadap oleh penonton kerana ia secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah individu berkenaan. Kenyataan spontan berbunyi, “Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak” juga disifatkan sebagai terlalu angkuh untuk dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenali ramai.
Menurut email seorang penonton , “Kenapa tiba-tiba rupa tu penting sangat sampai nak direct maki fizikal orang lain? Ingat, yang gemuk atau hodoh tu ciptaan Tuhan juga! Pada saya, kalau nak komen orang pun biarlah berpada-pada, jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain!”
Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Kata penonton tadi, Dang Suria tak perlu tabur komen bersifat menghina, sedangkan diri sendiri pun penuh dengan suntikan sana-sini.

MAYA KARIN DI LANTIK DUTA MUHIBAG YOKUK



Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah Yokuk dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU).


"Saya benar-benar harap sebagai Duta Muhibah, saya dapat menonjolkan usaha-usaha YOKUK dalam membantu OKU dan menggalakkan orang awam menderma secara murah hati," katanya.


Yokuk merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 3,400 OKU di pusatnya di Kota Baharu, Kelantan, sejak 13 tahun lalu.


Bercakap kepada pemberita pada majlis pelantikannya di sini hari ini, Maya berkata peranannya sesuai dengan dirinya kerana beliau suka membantu.


Pada majlis itu Maya dan beberapa individu dan syarikat menyampaikan sumbangan kepada YOKUK serta melancarkan kempen baru YOKUK untuk mengumpul dana bagi membantu menampung kos pemulihan OKU di Kelantan dikenali sebagai "Menaja Pemulihan Seorang OKU".


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YOKUK Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata kehadiran selebriti itu akan memberi yayasan itu semangat untuk meningkatkan lagi kualiti hidup golongan kurang upaya.- Bernama

Wednesday, February 8, 2012

NUR FAZURA SUDAH ADA PILIHAN HATI





NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa saja dan meminta peminta mendoakan kebahagiannya.

Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dirinya sambil menegaskan ‘biar waktu yang menentukan segala-galanya’.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.
Kisah mengenai Nur Fazura bercinta dan akan berkahwin dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama menjadi bualan ramai. Banyak gosip atau andaian tersebar di kalangan media mahupun yang tidak disiarkan oleh mana-mana penerbitan. 

Mulut pelakon ini sering terkunci untuk bercakap soal peribadinya. Malahan Nur Fazura sendiri dilihat agak sukar untuk didekati oleh media membuatkan dirinya seperti agak eksklusif. 

Apabila membicarakan soal perkahwinannya, dia tidak akan mengetepikan media untuk membantu mengumumkan hari bahagianya. 

“Saya tidak lupakan media yang banyak berjasa membantu membina nama dalam bidang ini. Mereka sering menyiarkan dan memaparkan cerita kejayaan saya, mengapa tiba saat untuk berkahwin, saya mahu melupakan mereka. 
“Biarlah saat-saat penuh bermakna itu dikongsi bersama rakan media. Saya anggap media adalah rakan baik,” kata Fazura ditanya apakah bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan hari bersejarahnya itu.

Mungkinkah detik itu semakin dekat kerana Nur Fazura sejak kebelakangan ini sering membayangkan dia akan bersara selepas bergelar isteri. Malah dia kini semakin cerewet memilih watak dan antara syarat yang dikenakan adalah tidak membabitkan babak sentuhan keterlaluan.

“Apabila menetapkan syarat sebegitu, bukanlah bermakna saya mengada-ngada. Cuma dalam usia sekarang, saya mahu kurangkan babak bersentuhan yang keterlaluan. 
Kalaupun babak itu perlu dalam sesebuah cerita, mungkin ia boleh dihasilkan dengan cara paling kreatif. Terpulang kepada kreativiti pengarah itu,” katanya sambil memberitahu antara sebab dia tidak dapat berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah kerana berpegang teguh pada pendiriannya itu.

Kelibat Nur Fazura juga kini semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan.

“Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai perkara kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan,” katanya bagi menjelaskan kononnya dia mahu menjadi artis eksklusif.

VIDEO AZUAN ALI SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH



Baru-baru ini dikhabarkan yang pengacara kontroversi Azwan Ali pergi mengerjakan umrah. Berita ini tidak tersebar melalui media namun telah dimuatnaik dalam laman sesawang YouTube oleh rakan dan juga blogger yang juga pengkritik filem terkenal, Ajami Hashim yang turut menghantar Azwan di KLIA pukul 3 petang. 6hb yang lalu. Mungkin Azwan mahu menenangkan dirinya di Tanah Suci sebagai langkah terbaik akibat daripada pelbagai kontroversi yang selama ini melanda dirinya mahupun dirinya yang membuat landa itu. hehe. Semoga kita dapat melihat Azwan Ali yang betul-betul berubah kelak.




Monday, February 6, 2012

TASHA SHILLA BERSAMA VIP SERTA ALKOHOL D MEJA



Tak habis dengan kontroversi yang dicetuskan sebelum ini di sebuah kelab malam apabila Tasha Shilla dituduh menari ghairah, kali ini selebriti yang sedang meningkat naik ini menjadi buah mulut orang lagi.
Mungkin sebelum ini Tasha menyangkal dakwaan mengenainya menari secara ghairah di sebuah kelab malam di kota Kuala Lumpur. Namun kali ini, apa pula jawapan yang akan diberi Tasha selepas dilihat dalam keadaan yang lebih teruk?
Bukan hendak memfitnah, menurut sumber percayai, Tasha dipercayai berpacaran bersama seorang VIP di sebuah restoran di Pavilion pada malam Khamis lepas. Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Ratshi, Tasha kelihatan sangat mesra bersama lelaki yang berstatus VIP tersebut dan di meja mereka turut kelihatan air minuman keras.
Namun sedikit mengecewakan disini kerana tiada gambar yang diambil ketika kejadian itu berlaku dan kami dapat rasakan bahawa itu bukan Tasha sebenarnya. Mungkin pelanduk dua serupa? Takkanlah Tasha mahu melakukan perkara sebegitu di tempat umum kan? Dengan alkohol diatas meja, mustahil.
Mari kita tunggu kenyataan dari Tasha selepas ini, harap-harap wanita yang dilihat bersama VIP dan alkohol di atas meja itu hanyalah pelanduk dua serupa.
Sumber : OhBulan

Saturday, February 4, 2012

ANUAR ZAIN DAPAT RM 18,859.38 SEBAGAI ROYALTI



Kecoh sebelum ini mengenai kes saman Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records yang tidak membayar royalti hasil penjualan 2 buah albumnya.
Keputusan mahkamah hari ini telah melayakkan Anuar Zain untuk menerima royalti dari Syncrosound Records berjumlah RM18,859.38 sebagai bayaran hasil jualan 2 buah albumnya sejak tahun 2001.
Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk memutuskan royalti yang terhutang hanya mengambil kira jualan album yang melebih 15,000 unit sahaja. Namun begitu, Anuar Zain tidak menyatakan sebarang bantahan kepada mahkamah.
Untuk pengetahuan, pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records.
Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Namun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.
Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.
Haa, padanlah dengan muka Syncrosound Records. Nak saman orang, tapi makan diri sendiri balik. Ambik!

ASTRO RIA SIARKAN DOKUMENTARI KHAS LISA DAN YUSRI



Siapa yang tidak sabar untuk lihat majlis perkahwinan paling meriah untuk tahun 2012? OMG kami sendiri dapat merasa kuat aura debaran’nya. /sarcasm
Lisa Surihani dan Yusry KRUakan bernikah pada 23 Februari 2012 ini di Marriot Putrajaya Resort & Spa dalam suasana sederhana.
Namun, kesederhaan pasangan ini tidak menghalang Astro Ria untuk menyiarkan 2 dokumentari khas buat pasangan ini selepas majlis perkahwinan mereka selesai nanti.
Dokumentari 2 episod Yusry KRU & Lisa Surihani berjudul ‘Semarak Ikatan Cinta’ ini akan di’tayangkan pada 25 Februari & 3 Mac 2012 namun waktu tayangan masih belum d’umumkan kepada peminat hiburan Malaysia.
Lisa Surihani & Yusry KRU turut menjadi pasangan muka hadapan untuk majalah Astro View edisi Februari 2012 yang menampilkan tema percintaan ala Valentine’s Day. Lisa Surihani nampak sweet dalam persalinan tersebut.

Thursday, February 2, 2012

ANI MAYUNI DI BELASAH SUAMI





Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

Walau bagaimana pun kepada kak Ani harap bersabar mungkin ini dugaan Allah.Tabah menghadapinya.


Keratan dari Facebook Ani Mayuni hari ini.

SHAHEIZY SAM DIKRITIK BERCERITA TENTANG POLITIK



Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi viral di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, semalam. Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam & Osman Kering mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai, tahun lalu.

Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?”
Sam Shaheizy membalas, “Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam.
Osman Kering pula memberikan pendapat, “Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka.
Faizal Hussein turut menambah, “Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada.
Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?

Wednesday, February 1, 2012

KELUARGA SHILA AMZAH MENAFIKAN KHABAR ANGIN PERKAHWINAN



Cerita Shila Hamzah Yang di Petik dari Website Ohbulan.Wahh Khabar Angin Nk kawin dah ker.. huhuhhu joms layann.
Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin kan? Zaman sekarang pun mana ada lagi orang mereka-reka gosip, that is sooo 90’s.
Terbaru, sayup-sayup terasa angin bertiup di telinga bahawa Shila Amzah sudah merancang untuk berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad, jejaka kacak yang berjaya menawan hati penyanyi yang popular dengan lagu “Patah Seribu” ini.
Kalau sebelum ini, mereka berdua hanya memberitahu bahawa status mereka cuma ‘teman tapi mesra’, kemudian sudah ber-‘bee’ pula di laman Twitter. Baru-baru ini ketika di AJL 26, pasangan muda yang sedang mencipta nama dalam dunia seni hiburan ini dilihat berpegangan tangan tanpa berselindung. Auwww!
“Aik, macam mana awak tahu perkara yang kami sendiri belum tahu? Setakat ini tak pernah lagi kami bincangkan mengenai hal kahwin. Lagipun Shila mahu fokus dahulu terhadap kerjaya seninya. Sekarang pun jadual dia sangat padat sehingga bulan Mei nanti,” ujar ibu Shila tergelak menafikan khabar angin tersebut.
Bukan niat kami mahu suka-suka terjah artis tanya pasal kahwin, tapi apa salahnya kalau benda yang baik seperti kahwin ini dikongsi bersama peminat, kan? Lagipun, ada lebih kurang 170 ribu ‘followers’ Twitter Shila yang sedang menunggu berita gembira ini.
Tambah ibu Shila lagi, “Buat apa nak berahsia, kalau betul perkara baik ini berlaku, kami akan kongsi dan beritahu pada umum. Benda baik kan tak elok disimpan-simpan.”
Biasalah, jawapan-jawapan begini selalu diterima kami ketika temubual. Namun jika benar Shila sudah merancang untuk berkahwin, tahniah dan moga dimurahkan rezeki. Mungkin Sharnaaz Ahmad boleh jawab mengenai spekulasi yang timbul pula selepas ini.
Shila Amzah kini sedang sibuk merakamkan single terbarunya dan sidang akhbar mengenainya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Tuesday, January 31, 2012

SHILA HAMZAH DI TUDUH MEMBUNUH DAN PENYEBAB KEMATIAN PEMINAT



Kecoh sebentar semalam di dunia Twitter apabila Shila Amzah dituduh penyebab kematian seorang peminat!
Apa tidaknya, satu akaun yang menggunakan tweethandle bernama @ (kami anti shilaamzah) telah menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kepada kematian kawan pemilik akaun Twitter ini. Akaun ini telah didaftar sehari selepas AJL 26 iaitu 30 Januari 2012.
Mungkin anda ingat ini sebagai satu publisiti murahan ataupun perkara yang mudah, namun bagi kami, isu kematian dan tuduhan seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai fitnah yang kalau disalah tafsir, akan membawa keburukan. Dalam satu kenyataan @, pemilik akaun Twitter ini dahulu adalah bekas peminat Shila dan kini membenci Shila kerana kawannya mati bergaduh disebabkan Shila Amzah.

Namun begitu, sebagai selebriti yang profesional, Shila hanya menganggap ancaman-ancaman begini hanyalah satu lagi dugaan sebagai artis dan tidak memandang berat sangat mengenai perkara yang terjadi. Biasalah, dalam dunia hiburan pasti ada saja orang yang tidak senang duduk dengan kejayaan orang lain.
Yang pasti, Shila Amzah telah membuat persembahan yang terbaik di Anugerah Juara Lagu 26 pada hari ahad lepas. Ngam!

Monday, January 30, 2012

NEELOFA DAN SCHA YAHYA DUTA AVON 2012

 2 orang jelitawan artis kita ini telah di terima menjadi duta product Avon, 2 orang gadis artis ini heheh neelofa dan scha yahya telah menerima untuk duta Avon ini, cerita ini di petik di website terkenal iaitu MEDIAMALAYA dan kami kongsikan kepada anda jomss layannn..


"MEDIAMALAYA SAY"
Neelofa dan Scha Yahya bergambar bersama produk Avon di majlis Anugerah Avon di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Neelofa telah dipilih sebagai duta kosmetik manakala Scha Yahya sebagai duta haruman






Sunday, January 29, 2012

TASHA SHILLA BERI KENYATAAN DI FB BERIKUTAN ISU GHAIRAH DI KELAB MALAM



Gosip berkenaan aksi berani Tasha Shilla yang meraikan hari jadi di kelab malam, Rootz baru-baru ini mendapat perhatian daripada pelakon tersebut.
Dalam kenyataannya di laman Facebook sebentar tadi, Tasha Shilla mengaku bahawa dia memang hadir ke kelab tersebut atas ajakan rakan-rakannya. Bagaimanapun, Tasha Shilla menafikan isu aksi ghairah dengan menyatakan dakwaan sumber itu telah ditokok tambah untuk disensasikan sahaja.
“Salam kepada semua..Tasha ingin membuat penjelasan mngenai isu di Rootz..Tasha akui memang Tasha ade ke sana sempena meraikan birthday Tasha yg diatur oleh rakan2.. Statement yg mengatakan Tasha menari ghairah tanpa sedar adalah statement yang diada-adakan dan ditokok tambah untuk di sensasikan.. Kebenarannya.”

PUNCA RETAK PERCINTAAN SHAHZ JAZSLE DAN MIERA LEYANA



Pasangan paling bahagia dunia hiburan kini sedang mengalami keretakan. Hampir seminggu isu mereka berlegar-legar, namun sengaja kami buat tak tahu kerana cuti Hari Raya Cina.
Hari ini, mStar Online telah membuat kejutan apabila kenyataan Shahrizal atau popular dengan panggilan Shahz Jaszle disiarkan. Dia yang baru saja kembali dari Australia amat terkejut dengan gosip yang melanda dirinya dan juga Miera Leyana.
Sebelum ini kecoh di dunia Twitter apabila Shahrizal cuba memujuk kekasihnya, Miera Liyana namun tidak diendahkan dan sehingga kini hubungan mereka semakin retak. Antara punca utama hubungan mereka mula retak disebabkan fitnah yang disebarkan bekas pembantu peribadi Shahrizal.
Difahamkan bekas pembantu peribadi Shahrizal adalah bekas banduan dan setelah dipecat kerana sikapnya yang malas, bekas pembantu itu mengaku dia yang telah menyebarkan fitnah mengenai Shahrizal kepada Miera Leyana.
“Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.”
“Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya.” – dipetik dari mStar Online.
Dalam pada itu, Miera Leyana sendiri sudah tawar hati dengan pujuk rayu Shahrizal yang dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Namun bagi kami, Miera Leyana masih terlalu muda untuk bercinta dan mudah termakan hasutan dan khabar angin. Sepatutnya dia lebih memahami Shahrizal dan tidak sewenang-wenangnya menuduh.