<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Wan Shades Nak Saman Blog Sebar Fitnah Kes Rogol


Peristiwa kes rogol anak yang melibatkan seorang penyanyi hip hop telah menjejaskan reputasi baik Wan Shades ekoran tersebarnya spekulasi buruk di sebuah laman blog yang mengaitkan namanya, baru-baru ini. Laman blog itu menyebut bahawa Wan Shade antara individu yang dikaitkan dengan kes rogol berkenaan walaupun tiada bukti kukuh yang menguatkan dakwaan sedemikian.
Dakwaan berbentuk fitnah itu turut dianggap sebagai salah satu bentuk serangan peribadi kerana ia turut menjejaskan kepercayaan peminat terhadap Wan Shades. Berita sensasi itu bagaimanapun telah dinafikan Wan Shades .
“Saya ingin menuntut blog berkenaan supaya tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf. Kalau mereka enggan berbuat demikian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman. Dakwaan sebegitu bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah keluarga saya turut terkena tempiasnya,” ujarnya.
Wan turut mengakui bahawa dakwaan itu memang mengejutkan pada mulanya.
“Macam manusia biasa, memang terkejut. Saya terkejut kerana ia melibatkan maruah saya kerana perkara rogol ini bukannya main-main. Senang cakap, bukan boleh bawa bergurau. Pada masa yang sama, saya mempunyai tanggungjawab sosial iaitu mengajar anak muda bersilat serta membuat pelbagai program untuk mereka. Jadi, perkara sebegini sudah tentu mengusarkan ramai pihak.”
Wan menambah lagi, “Alhamdullilah, ramai pihak yang menyokong saya kerana mereka tahu dakwaan itu tidak benar. Malah, ramai pelajar saya yang mengecam dakwaan berbentuk fitnah seperti yang disebarkan oleh blog berkenaan.”
Update berkaitan kes rogol, pihak polis masih belum mendedahkan identiti individu berkenaan kerana ia masih berada dalam siasatan. Blog berkenaan juga telah membuang arkitel fitnah daripada arkib mereka.

Junaidi Fezrul Pelakon Sumpahan Kum Kum Dengan Tunang Bercuti Di Rome


Mungkin ramai yang tidak berapa kenal dengan pelakon bernama Junaidi Fezrul. Tapi Kak Nam rasa bila semua lihat muka dia mungkin kenal kot. Ala..pelakon yang dalam daram Sumpahan kum kum. Ni Kak Nam nak citer ckit . Kak Nam bukalah facebook dia..baru Kak Nam dapat tahu yang dia dah bertunang. Nama tunang dia Fy Zulkifli. Cantik juga orangnya… Kira oklah dah bertunang,tapi yang tak sedapnya Kak Nam lihat baru tunang dah pergi honeymoon…..
Kalau pergi ramai-ramai tak apa..Kak Nam tak heboh sampai macam ni tapi berdua tu. Semua gambar yang Kak Nam lihat berdua je tak ada plak orang lain. Apa-apa pun Kak Nam nak mintak maaflah pada pelakon ni sebab buat gosip pasal dia.

CREDIT TO : MEDIAMALAYA

Tuesday, February 21, 2012

ZIANA ZAIN BELOM BERSEDIA BERTUDUNG



DI USIA 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis.
Kata pelantun Madah Berhelah yang dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zain itu, hendak ke kedai pun perlu bersiap rapi untuk menjaga mata peminat serta masyarakat yang sentiasa ingin melihat golongan artis kelihatan sempurna.



“Kalau ikutkan seksa sebenarnya hendak kena jaga makan dan keluar rumah terpaksa bersolek, tetapi artis memang perlu menjaga penampilan serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Tahun ini saya sudah 44 tahun, kalau tidak menjaga susahlah. Bukan saja untuk kelihatan menarik di hadapan peminat, jaga pemakanan amat baik untuk kesihatan. Cuma, perlu disiplin yang tinggi,” katanya.



Menawan dengan gaun paras lutut rekaan Rizman Ruzaini, penyanyi yang juga pelakon kelahiran Merlimau, Melaka, itu turut diajak berbual mengenai penghijrahan diri.


Tambahan pula, tatkala ini ramai artis muda yang mula berhijab (bertudung), justeru apakah Ziana tidak terpanggil melakukan hal yang sama?

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba.

“Saya pasti suatu hari saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari saya ingin menunaikan fardu haji.

“Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat, jadi kita perlu pegang pada janji.

“Apapun, saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus kekal begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukanya tudung.

“Tidak manislah begitu seolah persendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desakan mana-mana pihak, insya-Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

Beralih topik perbualan, meskipun jarang membuat kemunculan di TV dan majalah, kerjaya nyanyiannya masih berjalan seperti biasa dan pada 25 Februari ini, akan berangkat ke Sarawak untuk menjayakan sebuah program amal yang turut dijayakan Awie dan Dayang Nurfaizah.

Single terbaru Ziana, Misteri Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan Sohaimi Mior Hassan juga mula diputarkan di radio. Jika tiada aral, bertitik tolak daripada single berkenaan, satu demi satu single baru akan diperkenalkan Ziana sehingga kuantitinya cukup untuk dimuatkan dalam satu album.

“Ibarat orang mengantuk disorong bantal, begitulah saya saat menerima pelawaan abang Sohaimi. Dari dulu saya memang meminati vokalnya yang maskulin termasuk lagu-lagu beliau terutama Khaty.

“Kemudian kali pertama mendengar lagu Misteri Cinta, sekejap saja saya sudah suka. Semua perkara jadi mudah, saya suka lagu yang diberikan, suka vokal beliau dan bekerjasama dengannya juga senang.

“Orang lama, disiplin bagus dan tidak banyak kerenah kerana mereka faham dan ikhlas dengan kerja mereka selain menghormati pihak lain yang bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Dihujani pelbagai undangan nyanyian, isteri kepada Ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin, itu turut dihujani pelbagai tawaran lakonan. Antara produksi yang tidak pernah jemu melamar Ziana adalah Suhan Movies, milik pelakon dan produser terkenal, Rosyam Nor.

“Selalu mereka memujuk saya berlakon. Bukannya tidak mahu atau tak rindu cuma masa tidak bersesuaian kerana ada anak kecil. Si kembar baru dua tahun, kalau mereka sudah besar sikit barulah saya berani tinggal.

“Tambahan pula, berlakon menuntut masa yang panjang untuk berada di set penggambaran. Tidak seperti menyanyi, satu dua jam sudah boleh balik. Kalau ada undangan persembahan luar Kuala Lumpur tiada masalah untuk bawa anak-anak,” katanya.

Ziana pernah membintangi filem ‘pecah panggung’ antaranya Sembilu, Maria Mariana dan Merah mendirikan rumah tangga dengan Armin pada 2 Mei 1998.

Hasil perkongsian hidup hampir 14 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata - Muhammad Aiman, 12, Muhammad Ammar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 2.

Merancang kejutan buat peminat tahun ini, namun Ziana belum bersedia untuk berkongsi sama ada acara bakal dijayakan itu sebuah showcase, konsert, filem mahupun terbabit dalam program realiti. Ini kerana Ziana bimbang jika ia tidak berlaku seperti diharapkan, pastinya mengecewakan semua pihak.

Menjawab satu soalan apakah dia tidak berminat untuk mempunyai jenama sendiri atau menjalinkan kolaborasi dengan adiknya, Anuar Zain untuk membuka jenama mereka memandangkan kedua-duanya diberi jolokan ‘trendsetter’, Ziana berkata, minat itu ada, tetapi harus ada perancangan teliti.

“Sekarang ini bisnes online ada macam-macam fesyen yang mereka tawarkan dengan harga menarik. Boleh kalau mahu usahakan perniagaan ini tetapi kami perlukan pasukan pereka yang kreatif dan pemasaran yang bagus.

“Yang menjadi keutamaan saya adalah pemilihan material yang bagus, rekaan eksklusif supaya jenama kita berbeza dengan orang lain namun pada masa sama dijual dengan harga berpatutan.

“Memanglah boleh letak harga mahal apabila artis menggunakan nama mereka sebagai jenama tetapi saya lebih suka jenama itu boleh digayakan sesiapa saja. Kerana akan beli pakaian kita ini adalah peminat dan tidak semua peminat berpendapatan besar,” katanya.



15 PENYAYI SEDIA DIGELAR YANG TERBAIK DI PENTAS MANIA


12 orang penyanyi yang di’pilih khas & 3 orang penyanyi pilihan peminat akan bertarung di’atas pentas MANIA untuk merebut gelaran yang terbaik serta wang tunai RM500,000. Fuuuu!
Dua belas orang peserta yang sudah pun tersenarai adalah Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9,Atilia, Akim AF7, Alyah, Adira AF8, Estranged, Kristal dan juga Awi Rafael.
Tiga lagi peserta yang akan jadi peserta menduduki Hot Seats akan di’tentukan melalui undian dari peminat di laman web rasmi MANIA.
15 orang peserta professional ini akan di’bahagi kepada 3 kumpulan di’bawah tanggungjawab & amanah tiga orang ikon yang terpilih khas untuk memberi bimbingan & perhatian — Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani & Aubrey Suwito.
Pemenang tempat pertama untuk MANIA ini akan membawa pulang wang tunai RM500,000, kedua RM200,000 dan ketiga akan meraih RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai RM300,000.

Thursday, February 9, 2012

DANG SURIA BIADAP, TIDAK LAYAK JADI JURI


Dang Suria yang kini muncul dengan wajah baru ala Angelina Jolie telah dikritik hebat oleh penonton program On Air gara-gara keceluparannya mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut. On Air merupakan sebuah rancangan kendalian Aznil Nawawi dimana ia menfokuskan pencarian penganti dalam bidang pengacaraan.
Kata-kata peribadi Dang Suria terhadap peserta tersebut telah dianggap biadap oleh penonton kerana ia secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah individu berkenaan. Kenyataan spontan berbunyi, “Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak” juga disifatkan sebagai terlalu angkuh untuk dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenali ramai.
Menurut email seorang penonton , “Kenapa tiba-tiba rupa tu penting sangat sampai nak direct maki fizikal orang lain? Ingat, yang gemuk atau hodoh tu ciptaan Tuhan juga! Pada saya, kalau nak komen orang pun biarlah berpada-pada, jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain!”
Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Kata penonton tadi, Dang Suria tak perlu tabur komen bersifat menghina, sedangkan diri sendiri pun penuh dengan suntikan sana-sini.

Saturday, February 4, 2012

ANUAR ZAIN DAPAT RM 18,859.38 SEBAGAI ROYALTI



Kecoh sebelum ini mengenai kes saman Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records yang tidak membayar royalti hasil penjualan 2 buah albumnya.
Keputusan mahkamah hari ini telah melayakkan Anuar Zain untuk menerima royalti dari Syncrosound Records berjumlah RM18,859.38 sebagai bayaran hasil jualan 2 buah albumnya sejak tahun 2001.
Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk memutuskan royalti yang terhutang hanya mengambil kira jualan album yang melebih 15,000 unit sahaja. Namun begitu, Anuar Zain tidak menyatakan sebarang bantahan kepada mahkamah.
Untuk pengetahuan, pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records.
Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Namun, kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.
Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.
Haa, padanlah dengan muka Syncrosound Records. Nak saman orang, tapi makan diri sendiri balik. Ambik!

ASTRO RIA SIARKAN DOKUMENTARI KHAS LISA DAN YUSRI



Siapa yang tidak sabar untuk lihat majlis perkahwinan paling meriah untuk tahun 2012? OMG kami sendiri dapat merasa kuat aura debaran’nya. /sarcasm
Lisa Surihani dan Yusry KRUakan bernikah pada 23 Februari 2012 ini di Marriot Putrajaya Resort & Spa dalam suasana sederhana.
Namun, kesederhaan pasangan ini tidak menghalang Astro Ria untuk menyiarkan 2 dokumentari khas buat pasangan ini selepas majlis perkahwinan mereka selesai nanti.
Dokumentari 2 episod Yusry KRU & Lisa Surihani berjudul ‘Semarak Ikatan Cinta’ ini akan di’tayangkan pada 25 Februari & 3 Mac 2012 namun waktu tayangan masih belum d’umumkan kepada peminat hiburan Malaysia.
Lisa Surihani & Yusry KRU turut menjadi pasangan muka hadapan untuk majalah Astro View edisi Februari 2012 yang menampilkan tema percintaan ala Valentine’s Day. Lisa Surihani nampak sweet dalam persalinan tersebut.

Thursday, February 2, 2012

SHAHEIZY SAM DIKRITIK BERCERITA TENTANG POLITIK



Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi viral di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, semalam. Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam & Osman Kering mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai, tahun lalu.

Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?”
Sam Shaheizy membalas, “Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam.
Osman Kering pula memberikan pendapat, “Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka.
Faizal Hussein turut menambah, “Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada.
Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?

Monday, January 30, 2012

ROSLIN HASHIM SELAMAT BERSANDING UNTUK KALI KE 3 BERSAMA ISTERI BARU RAHAYU ROSLI


Roslin Hashim bukan dikategorikan sebagai artis. Tetapi kehebatannya berkahwin sehingga 3 kali berturut-turut kurang 5 tahun sangat impress semue orang. Beberapa keping gambar Roslin Hashim bersama isterinya, Rahayu Rosli.






Sunday, January 29, 2012

AJL26 AWAN NANO RAIH RM45,000



Awan Nano menidakkan kekuatan 11 lagu lain tatkala berjaya mengunguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi kemenangan itu juga lagu ciptaan Datuk M. Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat itu, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Naib juara pula dimenangi lagu Beribu Sesalan dendangan 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura). Lagu taruhan komposer Kevin Chin dan lirik nukilan Tinta itu membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga, dimenangi lagu Karma ciptaan dan lirik oleh gandingan yang cukup serasi, Faizal Tahir dan Audi Mok. Sekaligus memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Sementara itu lagu Awan Nano juga membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi. Ini merupakan kejayaan kali kedua Hafiz menjuarai kategori tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Manakala, Alyah memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kisah Hati dan meraih wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Turut dirai pemenang anugerah Juara Mobil Celcom, lagu Sedetik Lebih.
Acara berprestij ini sekali lagi menggandingkan pasangan pengacara hebat, Faizal Ismail dan Cheryl Samad, menghangatkan lagi suasana.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL26 turut digegarkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah menerusi lagu (Senandung Semalam), Raja Rock, Awie (Bujang Senang) dan Ratu Jazz tanah air, Dato’ Shiela Majid  (Warna). Persembahan penutup menyaksikan tribute istimewa untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang menampilkan  Black, Hazama dan Lan (Typewriter)  yang mendendangkan lagu Basikal Tua, Balik Kampung,Chow Kit Road dan Salam Terakhir, dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

KEPUTUSAN PENUH AJL26




Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26


1. Juara AJL 26 (Keseluruhan)


Awan Nano - Hafiz
RM35000


2. Naib Juara AJL 26


Beribu Sesalan - Tiga Suara
RM15000


3. Tempat Ketiga AJL 26


Karma - Faizal Tahir
RM12000


4. Persembahan Terbaik


Kisah Hati - Alyah
RM10000


5. Vokal Terbaik


Awan Nano - Hafiz
RM10000


6. Anugerah Khas Mobile Celcom (I'm not really sure about that. Haha!)
Sedetik Lebih - Komposer KRU (Makan banyak semut. Dah lupa. Haha!)




Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang!

Senarai Peserta AJL 26 Anugerah Juara Lagu


  1. Kalau Berpacaran (Shohaimi, Ana Raffali dan Altimet)
  2. Karma (Faizal Tahir)
  3. Penakut (Yuna)
  4. Sedetik Lebih (Jacklyn Victor)
  5. Awan Nano (Hafiz)
  6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  7. Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol)
  8. Beribu Sesalan (Ning, Shila dan Jacklyn)
  9. Kekanda Adinda (Atilia dan Monoloque)
  10. Sungai Lui (Aizat)
  11. Kisah Hati (Alyah)
  12. Gadis Semasa (Yuna)

Wednesday, January 25, 2012

SERINA CHEF WAN SELAMAT LAHIRKAN ANAK PEREMPUAN



Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
“Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
“Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat,” ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Friday, January 20, 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA AL -FATIHAH



Penyanyi Khairil Izwan Pilus, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Arif AF, adik arwah sendiri.
Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.

Wednesday, January 18, 2012

PANGGILAN HANGIT HOT FM DI BERHENTIKAN




Pangilan hangit terus lenyap akibat seorang artis senior yang agak melenting dangan kendalian rancangan ini. berita ini dipetik di laman web ROTIKAYA yang menceritakan kesah panggilan hangit HotFM ini. joms baca..
Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan di’tutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi tadi melalui radio.
Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.
Pihak pengurusan di’khabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminat Hot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.
Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ia’nya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting. 
Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.
Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.
Jika kami sebutkan nama artis senior ini di’sini, pasti kami akan turut di’heret bersama dalam isu ini –maklumlah, semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman. Eh.
CREDIT TO : ROTIKAYA

Sunday, January 15, 2012

SENARAI TOP 5 ANUGERAH BINTANG POPULAR ABP 11


ABP 11


Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah kita ketahui. Selain itu pihak penganjur juga telah memperkenalkan 5 kategori online iaitu Artis Lelaki Popular Online, Artis Wanita Popular Online, Artis Asia Popular Online, Artis Lelaki Bergaya dan Artis Wanita Bergaya, sempena ulang tahun anugerah bintang popular berita harian ke 25.
Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011:-

Penyanyi Lelaki Popular

Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

Alyah

Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense

Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Meet Uncle Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki Popular

Aeril Zafrel

Awi Rafael
Beto Khusyairi
Hazama
Johan Ariff As’ari

Artis Baru Wanita Popular

Izara Aishah

Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz

Adi Putra
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular

Diana Danielle

Eja
Lisa Surihani
Maya Karin
Yana Shamsudin

Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz

Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha

Nora Danish
Rozita Che Wan
Scha Alyahya
Tizz Zaqyah

Artis Komedi Lelaki Popular

Afdlin Shauki

Along Cham
Johan
Nabil
Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

Aliza Abdullah @ Enot

Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular

Ally Iskandar

Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

Cheryl Samad

Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular

AG

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana

Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Shahira

Seperti biasa, undian dilakukan melalui borang yang terkandung di dalam Suratkhabar Berita Harian. So, korang kena beli SuratKhabar Berita Harian untuk mengundi dan menghantar borang undian kepada alamat yang terkandung di dalam borang.
Senarai Calon Kategori Online Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011:-

Artis Lelaki Paling Popular Online

Aaron Aziz
Faizal Tahir
Akim
Johan Raja Lawak
Zizan

Artis Wanita Paling Popular Online

Stacy AF6

Ziana Zain
Lisa Surihani
Shila Amzah
Nera AF9

Artis Lelaki Anggun Bergaya

Anuar Zain

Awal Ashaari
Aznil Hj.Nawawi
DJ Dave
Hans Isaac
Fahrin Ahmad
Rosyam Nor
Shaheizy Sam
Adi Putra
Amy Search
Syamsul Yusof
Yusof Haslam
Nassier Wahab
Eizlan Yusof
Shahz Jaszle

Artis Wanita Anggun Bergaya

Erra Fazira

Eja
Fazura
Nasha Aziz
Ning Baizura
Sheila Majid
Ziana Zain
Nora Danish
Fauziah Latiff
Noor Kumalasari
Alyah
Camelia
Yuna
Anita Sarawak
Maria Arshad

Artis/Selebriti Asia Paling Popular

Super Junior

Maher Zain
2PM
DBSK
SNSD (Girl’s Generation)

Cara melakukan undian untuk kategori online ialah melalui http://abpbh.com.my/undilah