<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Sunday, January 29, 2012

AJL26 AWAN NANO RAIH RM45,000



Awan Nano menidakkan kekuatan 11 lagu lain tatkala berjaya mengunguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi kemenangan itu juga lagu ciptaan Datuk M. Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat itu, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Naib juara pula dimenangi lagu Beribu Sesalan dendangan 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura). Lagu taruhan komposer Kevin Chin dan lirik nukilan Tinta itu membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga, dimenangi lagu Karma ciptaan dan lirik oleh gandingan yang cukup serasi, Faizal Tahir dan Audi Mok. Sekaligus memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Sementara itu lagu Awan Nano juga membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi. Ini merupakan kejayaan kali kedua Hafiz menjuarai kategori tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Manakala, Alyah memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kisah Hati dan meraih wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Turut dirai pemenang anugerah Juara Mobil Celcom, lagu Sedetik Lebih.
Acara berprestij ini sekali lagi menggandingkan pasangan pengacara hebat, Faizal Ismail dan Cheryl Samad, menghangatkan lagi suasana.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL26 turut digegarkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah menerusi lagu (Senandung Semalam), Raja Rock, Awie (Bujang Senang) dan Ratu Jazz tanah air, Dato’ Shiela Majid  (Warna). Persembahan penutup menyaksikan tribute istimewa untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang menampilkan  Black, Hazama dan Lan (Typewriter)  yang mendendangkan lagu Basikal TuaBalik Kampung,Chow Kit Road dan Salam Terakhir, dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

0 comments:

Post a Comment