<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Monday, January 16, 2012

BLACK MENTOR BATAL PERSEMBAHAN DI KELANTAN

Black Mentor

Black Mentor batalkan konsert beliau yang akan di adakan di kelantan, banyak kututkan dan banyak tomahan juga di lemparkan kepada beliau.Artikal ini di petik di laman Web MediaHiburan yang mengupas issue ini.


Kerajaan Kelantan telah membatalkan kemunculan juara program televisyen 'Mentor' musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara 'Ladies Night' bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Kehadiran Black yang dijadualkan pada 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan pelantun lagu 'Sofea Jane' ini membuat persembahan dalam program Kelantan's Got Talent yang diadakan khusus untuk kaum wanita sahaja.

Difahamkan, langkah pembatalan ini diambil bagi menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

0 comments:

Post a Comment