<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Thursday, January 19, 2012

RITA RUDAINI TERIMA SURAT PEGUAM DARI SUAMI



Rumahtangga pasangan selebriti hiburan dan sukan tanahair , Rita Rudaini – Aidil Zafuan, semakin kecoh diperkatakan apabila pelakon wanita itu mendakwa menerima sepucuk surat ‘tidak masuk akal’ dari suaminya.
Aidil yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu telah menghantar surat tersebut menerusi peguamnya kepada Rita dan mengandungi tuntuan yang tidak wajar bagi isterinya itu.

“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,” kata Rita yang dipetik dari Mstar Online baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan isi kandungan sebenar surat dari suaminya itu sebelum menyerahkan kepada peguam untuk meneliti maksud yang terdapat di dalamnya dari sudut perundangan terlebih dahulu.

Rita turut menjelaskan surat ‘puaka’ itu diterimanya melalui pengawal keselamatan di rumahnya ketika mahu keluar ke lokasi pergambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Krisis rumahtangga Rita dilaporkan berantakan setelah bergaduh besar dengan ipar duainya menerusi laman sosial Twitter sehingga menyebabkan Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sejak seminggu lalu.

Rita turut memaklumkan kepada media bahawa suaminya tidak pulang-pulang sejak itu sehingga hari ini dan merayu agar Aidil pulang untuk menyelesaikan masalah mereka secara bijak menerusi perbincangan.

“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri.

“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar,” katanya lagi.

Menurut Rita, dia dimaklumkan suaminya yang bertindak keluar dari rumah menerusi sistem pesanan ringkas (sms) ketika berada di kampung bersama anak-anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan, di Perlis.

Memanaskan lagi rumahtangga mereka apabila orang gaji di rumah Rita memberitahu bahawa adik kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah, dikatakan turut terlibat membantu Aidil mengemas barang-barang keperluan suaminya dirumahnya.

Rita sebelum ini mengaku kepada media bahawa hubungannya dengan Zaquan mahupun Ayu tidak pernah baik dari awalnya.

0 comments:

Post a Comment