<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Friday, January 20, 2012

19 FILEM MIG BAKAL DI PAWAGAM TAHUN 2012


Antara barisan orang kuat Metrowelth Production


Tahun 2011 ternyata menjadi tahun yang paling gemilang buat Metrowealth Production apabila mencapai banyak kejayaan melalui filem-filem terbitannya seperti, Kongsi, Bini-Biniku Gangster, Flat 3A dan lain-lain.
 
Membuka langkah pada tahun baru 2012 ini. David Teo selaku peneraju utama produksi berdaya maju ini memberitahu, Metrowealth bakal tampil dengan 19 buah filem yang bakal ditayangkan sepanjang tahun ini. Sehingga kini, Metrowealth telah menerbitkan 73 buah filem (19 belum ditayangkan) darip pelbagai genre.
 
“Perayaan Tahun Baru Cina kali ini jatuh pada tahun naga dan saya menganggap ia sebagai tahun yang bakal memberikan tuah dan kejayaan yang besar kepada Metrowealth. Kami meminjam semangat naga dan mahu berusaha keras untuk memastikan sasaran kami untuk menerbitkan 100 buah filem menjelang tahun 2013 tercapai,” katanya ketika ditemui di majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Cai di Hotel Sunway Resort & Spa semalam.
 
Antara filem terbitan Metrowealth yang menanti untuk masuk ke pawagam ialah Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Adnan Sempit 2. Nongkrong, Taikun, Ajiboy, 7 Petala Cinta, Minyak Dagu, Assalamualaikum Cinta, 1 Lawan Satu, Pe-3, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Laki-Laki, Aji Noh Motor, Budak Pailang, 3 Temu Janji, X dan Strawberi Cinta.

0 comments:

Post a Comment