<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>

Wednesday, January 18, 2012

ABBY ABADI DI SIHIR



Terbaru, Abby Abadi yang sedang mengalami beberapa masalah semenjak akhir-akhir ini telah memberi kenyataan kepada mStar Online bahawa dia sebenarnya telah disihir orang yang dengki terhadapnya.
Pada mulanya, Abby hanya menyangka sakit perut dan pinggang sehingga tidak dapat tidur hanyalah sakit-sakit biasa. Namun selepas bertemu dengan doktor sebanyak 2 kali dan hanya diberitahu dia tidak mempunyai apa-apa masalah, Abby telah pergi berjumpa dengan pakar perubatan tradisional.
Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
Abby kemudian telah pergi berjumpa dengan Ashraf Muslim untuk mendapatkan rawatan darinya.
Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran dramaPelangi Kasih dan Mulanya Di Sini. – dipetik dari mStar Online
Setakat ini, Abby telah beransur pulih dan masih lagi mendapatkan rawatan secara tradisional dari Ashraf Muslim. Dia juga masih tidak tahu dan tidak mengesyaki sesiapa lagi mengenai sihir yang dihantar ke atasnya.
Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
Mari kita sama-sama berdoa agar Abby bertambah sihat dan minta dijauhkan perkara seperti ini dari diri dan keluarga.

0 comments:

Post a Comment