Persembahan Mantap Ella & Awie |
Buat pertama kali, kami hadir ke Istana Budaya dan perlu berjalan lebih 500 meter kerana tempat letak kereta yang penuh dengan kehadiran peminat setia Awie & Ella semalam.
Konsert Awie & Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur ini boleh kami katakan sebagai berjaya dengan kehadiran peminat yang memenuhi setiap ruang tempat duduk yang ada — dan kepuasan wajah mereka.
Kami yang duduk beberapa baris dari pentas persembahan dapat rasakan yang satu dewan di Istana Budaya berpuas hati dengan persembahan bertenaga Awie & Ella yang pertama kali’nya di’gandingkan.
Walaupun duduk untuk sebuah konsert rock, peminat yang hadir cukup selesa untuk menyanyi bersama, bersorak & sekali sekala bangun apabila Awie atau Ella lontarkan vokal padu mereka ke ruang udara Istana Budaya.
Dari segi teknikal, band rebonding yang di’pimpin pemuzik Edrie Hashim nyata berjaya menjalankan fungsi mereka dengan baik bersama susunan muzik yang segar untuk hadirin mengimbau kenangan.
Tragedi Oktober, Baldu Biru & segmen medley lagu lagu popular Awie & Ella merupakan bahagian kegemaran kami sepanjang konsert selama 2 jam ini dan percayalah bahagian lain tidak kurang hebatnya.
Ini sebuah konsert yang tidak boleh anda lepaskan untuk tahun 2012 ini. Akan terus berlangsung bermula semalam sehingga 15 Januari ini, anda boleh dapatkan tiket berharga dari RM40 melalui Ticket2U.biz atau dikaunter rasmi Istana Budaya Kuala Lumpur sendiri.
CREDIT TO : ROTIKAYA
0 comments:
Post a Comment