Sekitar malam tadi, Ifa Raziah menerusi akaun Twitter rasmi beliau menulis yang makanan dari rangkaian restoran Subway sebagai tidak halal.
Ini semua gara gara pendedahan sebuah rancangan televisyen yang menunjukkan serbuan oleh JAKIM ke atas salah satu cawangan yang di’dakwa menggunakan sijil halal milik syarikat lain.
Atas sebab itu, Ifa Raziah dengan seronok’nya menjatuhkan hukum dengan berkata seluruh franchise Subway tidak halal & meminta rakyat Malaysia untuk berhati hati selepas ini jika memilih makanan dari restoran atau premis makanan yang di’ragui asal usul atau sijil halal mereka.
Kenyataan Ifa Raziah ini mengundang reaksi kurang senang daripada peminat Subway yang memiliki akaun Twitter dan juga peminat hiburan secara am’nya dan ini termasuklah beberapa orang pekerja & pemilik restoran Subway.
Anda boleh mencuba hasil carian keyword Ifa Raziah di Twitter dan pelbagai reaksi boleh kita baca termasuk aktress tersebut yang sudah mula di’gelar sebagai Ustazah Ifa Raziah. Heh.
CREDIT TO : ROTIKAYA
0 comments:
Post a Comment