<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://www.rsspump.com/?web_widget/rss_ticker/news_widget' title='News Widget'>News Widget</a></div>
Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

VIDEO AZUAN ALI SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH



Baru-baru ini dikhabarkan yang pengacara kontroversi Azwan Ali pergi mengerjakan umrah. Berita ini tidak tersebar melalui media namun telah dimuatnaik dalam laman sesawang YouTube oleh rakan dan juga blogger yang juga pengkritik filem terkenal, Ajami Hashim yang turut menghantar Azwan di KLIA pukul 3 petang. 6hb yang lalu. Mungkin Azwan mahu menenangkan dirinya di Tanah Suci sebagai langkah terbaik akibat daripada pelbagai kontroversi yang selama ini melanda dirinya mahupun dirinya yang membuat landa itu. hehe. Semoga kita dapat melihat Azwan Ali yang betul-betul berubah kelak.




Wednesday, January 25, 2012

VIDEO PERKAHWINAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

Video pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee, Kami kongsikan untuk tatapan semua, comel kedua duanya kan.selamat berbahagia hingga ke akhir hayat Ally Iskandar Dan Isteri Farah Lee.


Monday, January 16, 2012

VIDEO : DOKUMENTARI DATO' SITI NURHALIZA DI HISTORY CHANNEL


Kami ingin berikan pengharagaan kepada Dato" Siti Nurhaliza kerana kisah hidupnya telah di siarkan di saluran yang terkenal di Astro iaitu History Channel.
Dokumentari ini telah megupas kisah hidup Dato’ Siti Nurhaliza sehingga lah beliau berjaya sehingga sekarang.
pada tahun 1995 seawal umur Dato’ Siti Nurhaliza  15 tahun beliau telah memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini. (HMI) yang di anjurkan oleh RTM.Dari pada itu lah sehingga lah sekarang Dato’ Siti Nurhaliza  berjaya dalam keria yang telah di ceburinya.
Kepada yang tidak sempat untuk menonton Dokumentari ini kami lampirkan di bawah ini rakaman YOUTUBE.


Friday, January 13, 2012

PERSEMBAHAN AWIE DAN ELLA DI ISTANA BUDAYA SANGAT MANTAP

Persembahan Mantap Ella & Awie

Buat pertama kali, kami hadir ke Istana Budaya dan perlu berjalan lebih 500 meter kerana tempat letak kereta yang penuh dengan kehadiran peminat setia Awie & Ella semalam.
Konsert Awie & Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur ini boleh kami katakan sebagai berjaya dengan kehadiran peminat yang memenuhi setiap ruang tempat duduk yang ada — dan kepuasan wajah mereka.
Kami yang duduk beberapa baris dari pentas persembahan dapat rasakan yang satu dewan di Istana Budaya berpuas hati dengan persembahan bertenaga Awie & Ella yang pertama kali’nya di’gandingkan. 
Walaupun duduk untuk sebuah konsert rock, peminat yang hadir cukup selesa untuk menyanyi bersama, bersorak & sekali sekala bangun apabila Awie atau Ella lontarkan vokal padu mereka ke ruang udara Istana Budaya.
Dari segi teknikal, band rebonding yang di’pimpin pemuzik Edrie Hashim nyata berjaya menjalankan fungsi mereka dengan baik bersama susunan muzik yang segar untuk hadirin mengimbau kenangan.
Tragedi Oktober, Baldu Biru & segmen medley lagu lagu popular Awie & Ella merupakan bahagian kegemaran kami sepanjang konsert selama 2 jam ini dan percayalah bahagian lain tidak kurang hebatnya.
Ini sebuah konsert yang tidak boleh anda lepaskan untuk tahun 2012 ini. Akan terus berlangsung bermula semalam sehingga 15 Januari ini, anda boleh dapatkan tiket berharga dari RM40 melalui Ticket2U.biz atau dikaunter rasmi Istana Budaya Kuala Lumpur sendiri.
CREDIT TO : ROTIKAYA